Saturday 21 May 2011

KEMAAFAN...

Maaf adalah perkataan keramat yg sukar diungkapkan oleh sesetengah org terutama lelaki..betul ke??? pandangan masing2 la yg tu hehehhe. Bagi sesetengah org sekiranya memohon maaf maka jatuh la ego yg menggunung tu bak gunung everest..x salah kan mintak maaf kalau dah buat salah,walaupun pkataan maaf tu x dapat mgubat luka dhati tapi sekurg2nya dapat melegakan perasaan yg sakit tu..Bagi seseorg yg dilukai memg berat untuk menerima kemaafan itu termasuklah juga aku..bukan mudah utk aku memaafkan seorg insan yg benar2 melukakn hati dan perasaan aku tapi org kata memaafkan mereka yg melukai kita mampu merawat luka tu hmhmh betul ka??? akhirnya aku memujuk hati aku agar memberi dia kemaafan walaupun aku sendiri sangsi dgn hati aku sendiri samaada aku ikhlas ataw sebaliknya tapi aku tetap memaafkan kesilapan dia..berdosa menyimpan dendam lama2 dan ingat Rasulullah S.A.W bersabda sesiapa yg menghina org yg melakukan kesilapan nescaya dia tidak akan mati sebelum mengulangi kesilapan itu dan..aku x nak buat pkara yg sama seperti dia sebab sakit sgt hati bila kita dikhianati oleh seseorg....yg kita percaya dan sygggg... Bagi pendapat aku sendiri tentang pkataan 'maaf' nie sebenarnya maaf x boleh mengubat hati yg benar2 sakit bak kata pepatah hati yg sakit itu umpama besi bengkok yg sukar untuk diluruskan tetapi maaf itu mampu melegakan rasa sakit itu.betul x??.mengubat dan melegakan itu ada berbeza... yg dapat mengubat hati yg sakit itu adalah masa sahaja..dan aku juga berharap masa yg semakin berlalu ini dapat mengubat hati aku yg sakit ini dan sekaligus melenyapkan segala rasa yg x sepatutnya wujud terhadap dia.. dan kepada yg bersalah pohon la kemaafan dan yg dilukai berilah kemaafkan walupun sekelumit...aku tinggalkan sebuah kata2 yg ditulis oleh seseorg yg aku sndiri x kenali..renung2kan dan selamat beramal


Maafkanlah… andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah… andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah… andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah… andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu

Pohonlah maaf… andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf… andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf… andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf... andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka

Memohon mmaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu
          
* aku memohon maaf sekiranya menguris hati sesiapa ye.. ^_^ 

      
                       

No comments:

Post a Comment